semalam aku mimpi cinta. dah lama aku tak mimpi pasal dia semenjak dia pergi. selalunya kalau aku mimpi benda-benda yang menakutkan, sesuatu yang buruk akan berlaku pada dia (cinta).
tapi kali ni aku mimpi cinta. aku mimpi aku pukul cinta sambil menangis, meraung-raung. tak tahulah apa yang aku nangiskan (mungkin aku tahu, tapi tak mahu acknowledge). cinta tidak berkata apa-apa. cuma cinta bukak hati yang mahalnya yang berdiamond studded dan mendanglingkannya depan aku sebelum memberikannya kepada aku.
aku terus menangis.
aku terjaga jam 3:32 pagi. mukaku basah.
sejak bila airmata dalam mimpi boleh menyusup keluar..?
No comments:
Post a Comment