Monday, December 3, 2012

tulis

Aku tulis bila aku ada satu rasa yang sangat jatuh.
Rasa bawah sangat.
Rasa yang jarang-jarang datang.
Rasa yang tak menarik langsung. Malah kesian.

Seperti sekarang.
Aku lagi suka menulis seperti sekarang.
Jam dan masa sekarang.
Tengah pagi sementara orang beramai bermimpi-mimpi indah.
Ayam masih belum bangun.
Kanak-kanak seronok bermimpikan robot dan sinderela.

Tapi tidak aku. Masih di sini.
Mengintai malam yang sepi.
Makan lagu-lagu perlahan dan sayu.
Tiba-tiba air mata mengalir.

Pada saat ini sudah tidak tahu apa yang aku fikir.
Detik ini. Semua yang melalui otak dan fikiran aku fikirkan.
Jasad aku sudah mula ringan dan badan lemah serta merta.

Pertama yang aku pikir. Diri sendiri.
Ya, bermula dengan diri aku. Badan aku. Rupa aku. Kawan aku.
Musuh aku. Keluarga aku. Kekasih aku. Orang beramai.

Aku tertanya-tanya. Betulkah?
Semua ini berlaku disebabkan hukum karma.
Takdir tuhan.

Mungkin keikhlasan aku tidak sekuat mana.
Mungkin aku patut cuba kuat lagi untuk jadi seperti orang yang disukai ramai.
Mungkin aku patut berubah menjadi perempuan cantik dan banyak harta.
Mungkin jugak aku perlu mencari belas kasihan orang.
Atau hanya meminta pada yang satu itu.

Aku buntu.
Tolong aku.
Aku harap bila tiap kali perasaan ini datang, ada seseorang dibelakang aku.
Menyokong aku.
Aku mahu kamu, si penenang hatiku.