Sunday, January 16, 2011

si perempuan

nak jadi perempuan memang penat dan memang rimas. ianya kerja berat dan sangat membebankan.

keterlaluan berani akan dibenci.
keterlaluan lemah akan dikeji.

perlu gagah dan tak reti tewas.
perlu kuat dihenyak dicantas.

kak jah penat la, memang tengah penat nak tadah semua ni. kak jah nampak je berani, tapi hati kak jah macam katak puru kesejukan tengah takut nak lalu tepi semak. takut dimakan ular.

kesian kak jah. kena buli. kena ejek oleh lelaki. perlakuan kak jah salah serba serbi.

alahai lelaki, mentang-mentang diri kau kuat, berani menghenyak megah si perempuan. kau menghiris bahasa setajam-tajamnya. si perempuan pula tiada melawan.

manusia berbeza. minda tak akan sama. kak jah si perempuan memang selalu rasa songsang.

tapi tak pe. kak jah perlu kuat. kak jah perlu mahalkan jiwa kak jah.

perlu tabah.
perlu gagah.
usah resah.
usah goyah.

mari kak jah, ke pelukan ku. usahlah menangis.

lahir sebagai seorang perempuan seharusnya menjadi kebanggaan buat kak jah. Dunia hari ini sangat memerlukan golongan macam kak jah dalam apapun juga bidang kehidupan sama ada sosial, agama, kemasyarakatan dan juga di dalam segala lapangan hidup.

maka wahai lelaki, hargailah golongan kak jah. Belailah. Hiasilah dengan kecantikan. Kerana perempuan sukakan yang cantik-cantik. suka yang lembut-lembut. Kerana perempuan juga sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kaum Adam sebagaimana yang disebut oleh hadis Nabi s.a.w. daripada Bukhari dan Muslim.

di sini, ada kelebihan tentang si perempuan berbanding si lelaki.

1. Doa wanita lebih makbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayangnya. Ketika ditanya Rasulullah s.a.w. akan hal itu, baginda menjawab, “Ibu lebih penyayang daripada bapa. Dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dahulu daripada suaminya.

3. Perempuan yang sentiasa solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah ia dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

4.Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

5.Wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Monday, January 10, 2011

kerbau dan kucing


hai semua. dah lama kak jah tak menjenguk blog ni kan..? semua dah rindu kak jah ke..? kak jah pon sama lah, rindu kat semua.

hah ha, menyampah ai tau. ni kak jah ada cerita sket. ianya bermula pada.

pada.
suatu.
hari.

semua bermula dengan suatu hari.
kenapa.

sebab semua orang mau lari dari hari semalam2.
atau mengelak untuk memikir hari2 mendatang.

apa beza dengan hari itu?
yang suatu hari itu?

nama saya kak jah.
dan saya melankolik.
pembinasa dan pemusnah.

di sini,
semuanya bermula dengan
"pada suatu hari"

pada satu hari, saya jumpa cik kerbau. muka dia hensem, dia pakai lipsik dan gincu.
dia senyum2 dia kasi keluar gigi.

bagus, semua gigi dia cukup, tapi apa boleh buat. dia memang hensem. itu kerbau.

saya jalan jalan, di tengah jalan, saya jumpa dia lagi. memandangnya ramai mata dan mata. sampai larut berwarna, rindu berbunga. malam, kerbau dan kucing berdakap. sampai ke teluk tak bernama.

jalan, aku seorang. kerbau tu mesti berharap sesuatu dari kucing. hasratnya padat, tidak terkopak tanya di hati. kerbau dan kucing di mana karamnya.

di tepi jalan dan tempat gelap, tempat hati tertumpah kasih, malam bisu tak akan mengaku, siapa berdosa.

alahai, kenapa kerbau dan kucing..? kenapa dia mesti lakukan itu..? sungguh kerbau tak tahu malu. si kucing pula hanya menyerah. kesian kucing dibelasah kerbau yang besar itu.

nanti tak pasal-pasal keluar anak kercing haram. dan terus buang merata. hish.
nauzubillah.

Saturday, January 8, 2011

wtf


kadang2 kelakar tengokkan manusia di keliling aku yang sedang terjelir2 lidah. apa yang mereka nak sebenarnya..?

manusia suka melabel. itu sahaja. senang untuk buat rujukan.
jangan tunduk sama kategori2 itu. jadi special dan unik. not bound to all those signature traits.

saya dilabel sundal.
tapi saya tak sundal.
jadi saya tak peduli.

sedih tapi saya kuat.

setiap masa, tuhan itu penuh kasih, melimpah sayang, selalu memandang. kita selalu ada tuhan. sentiasa. setiap masa.

alhamdulillah.

semua yang terjadi ada sebabnya. itu mmg janji tuhan. tugas kita, cari sebabnya.