Thursday, June 28, 2012

kakak

kasih sayang bukan senang nak dapat.
kasih sayang bukan dengan memberi duit kepada seseorang. tak. itu tak dipanggil kasih sayang. tapi itu namanya manjakan.

salah. mak sudah salah erti bagaimana cara nak mendidik anak dengan kasih sayang yang betul. mungkin orang boleh kata betapa sayangnya mak kepada anak-anak.

tapi kalau dengan memberi duit setiap hari kepada anak, belanjakan anak makan di tempat-tempat orang kaya macam kedai makanan cepat seperti mcd dan kfc. mak salah. mak sudah salah mendidik seorang anaknya.

mak terlalu manjakannya sampai sanggup membelikan kereta dengan harapan ansuran bulanan anaknya akan bayar. tapi tidak. anaknya membiarkan dirinya dimanjai. malah maknya yang membayar ansuran itu.

mak selalu mengungkit bahawa cinta dan kasih sayangnya tak berbelah bagi. tapi mak salah. walaupun anaknya sudah bekerjaya, tapi duit makan dan belanja kain baju, anaknya masih meminta dengan mak. anaknya minta duit untuk beli tambah nilai RM5 setiap 2 hari sekali.

itu nama sayang? kadang-kadang aku benci mak aku sebab mendidik kakak aku menjadi seorang yang bodoh angkuh dan sombong. sampaikan kakak aku jijik bila jumpa waris-waris yang miskin.

aku benci mak aku sebab buat kakak aku geli tak ada selera nak makan, sebab ada mangkuk budu di atas meja makan. sampaikan masa goreng ikan kering dab berbau satu rumah kakak aku geli meroyan tak sanggup nak duduk atas rumah.

sungguh aku benci kakak dan mak. kenapa mesti begini? kenapa mesti manjakan orang yang bodoh angkuh dan bermegah itu? kenapa aku boleh makan lauk ikan kering dan budu dan kenapa kakak makan burger dan ayam goreng.

aku selalu tertanya kepada diri, kenapa aku dijerkah bilamana lewat 2 minit untuk buka pintu masa mak aku balik dan kenapa cakap dengan penuh lembut bila kakak tak jemur kain setelah 2 hari kain dibasuh.

"kenapa lambat buka pintu? tgah buat apa sampai orang panggil kau tak dengar? kau ni pekak ke apa? aku dahla penat bekerja sehari suntuk, balik-balik kau lambat buka pintu?"

"kenapa kak tak jemur kain ni? ouh, kak lupa eh? tak pe lah, biar mak yang jemur, nanti kak tak de lah letih sangat"

boleh beza tak antara dua tu? kenapa mesti begini? bilamana kakak kau sudah bekerja dan dia dapat duit poket RM10 sehari dari mak dan kau masih belajar hanya dapat RM5 sehari. malah kau bukannya ada pinjaman dari mana-mana pihak.

aku begitu hairan dan kaku bilamana setiap kali gaji, kakak tak pernah bagi aku duit. ye, aku tak patut minta darinya. tapi, tolonglah. dekat mak pun, kau tak pernah nak belanja makan.

ya allah, aku mohon. sedarkanlah kakak aku.

Monday, June 18, 2012

kawan lagi

ingat lagi kah kau masa hanya aku kawan kau? satu-satunya kawan kau?

ingat lagi tak masa aku mula-mula pindah ke tempat baru, di sekolah kau. kau yang mula-mula menyambut aku. mengajak aku berkawan.

saat itu indah bagaikan tiada apa yang boleh aku ungkapkan.
kau umpama kasih aku, sayang aku. satu-satunya.

muka kau seperti boleh membayang tentang muka aku yang dalam kesedihan dan kesengsaraan. muka kau seperti mahu membantu aku. rela menegur dan berbuat baik kepada aku.

terus-terang, sampai sekarang sejak enam tahun lalu aku masih ingat muka kau.

mungkin orang bisa kata yang aku ni seperti perempuan-perempuan bohsia yang lapar kan kasih seorang perempuan. untuk menjadi pasangan lesbian kau.

tapi aku anjingkan semua itu. aku tolak tepi. aku tolak seperti sumpah dan fitnah orang dengan memikirkan yang mereka-mereka itu hanya punya hasad dengki dengan aku.

aku layan kau bagaikan seorang puteri. sungguh.

sampaikan ada satu masa dahulu, saat kau tidak punya selera makan.

ingat lagi tak siapa pujuk kau? ingat lagi taksiapa yang menyuapkau makan? ingat lagi tak masa aku masak untuk kau?

aku layan kau seolah kau puteri. aku percaya pada kau. hanya aku dan kau. ingat lagi tak siapa yang sanggup naik tiga buah bas demi untuk teman kau. aku takut kau sunyi. aku takut kau keseorangan. jadi aku rela pergi ke tempat kau, walau jauh. walaupun pada saat itu aku hanya berumur 15 tahun. agak-agak masa tu mak aku bagi tak aku pergi kat kau? sampaikan aku merajuk dengan mak aku demi kau.

tapi mak aku mengalah, sebab dia tahu kau lah satu-satunya kawan yang aku ada.

tapi itu semua dulu.

sudah genap dua tahun kita bergaduh. maksud aku, kita tak seperti dulu.

selepas apa yang aku buat pada kau, aku memang layak jadi begini. aku memang padan dengan nasib begini. buat kau macam hamba. buat kau macam perempuan gila.

sampaikan sekarang aku amat dengki dengan kau. sebab kau dah ada kawan baru. tempat baru. duit dan harta yang baru.

betul kau sudah lupa aku? betul kau tolak untuk tengok muka aku? dan betulkah kau sudah tidak mahu layan aku seperti dulu walaupun berjuta maaf aku pinta kepadamu.

samapai mati aku takkan maafkan diri aku sendiri. aku tak salahkan kau kalau kau tak nak layan aku, aku takkan salahkan kau kalau kau ada kawan baru. tapi tolonglah. aku merayu.

terimalah aku sepertimana kau terima aku dulu. tolong jangan buat aku ini macam sebatang straw minuman yang dipakai buang orang.

aku memang penakut dan dayus kan? aku sudah penat pujuk kau. sudah penat nak kau kembali. sudah tidak berani lagi menegur kau.

kau tahu tak, lepas kitagaduh dan jumpa semula. masa aku tidur tepi kau, aku rasa macam nak peluk kau sangat-sangat. tapi aku takut. takut kau pelik dan janggal dengan aku. tak sama macam kau peluk aku enam tahun yang lepas.

agak-agak kau, aku ni bodoh atau tak faham bahasa?

sebab dulu tak berhenti aku pujuk sayang kau? sampaikan hari ini, tidak lagi ada. jawab aku, kau tak rindu aku? atau mungkin kawan baru kau lagi seronok dari aku? lagi berharta dari aku? atau juga lagi sayang kau lebih dari aku sayang kau?

kalaulah kau ni hanya cermin, aku akan tatap kau, menangis depan kau, supaya senang aku nak bercerita.

andai saja kau baca ini.
andai kata terbukak hati kau untuk view blog ini.

satu sahaja yang aku pinta. marilah kembali seperti kita yang dulu-dulu.

aku rindu mahu panggil kau, ain.

Saturday, June 9, 2012

hipster

hipster.
apa itu hipster?
orang kata kalau kau ni tahu semua benda lebih awal dari orang laen, maka kau ni hipster.
orang kata kalau kau ni taste musik nya bagus, kau ni hipster.
orang kata kalau kau ni pakai seluar skinny, tshirt, spek hitam, pakai accessories banyak-banyak kat tangan dan jari, kau yang paling hipster.
orang jugak kata kalau kau ni tak pakai tudung, rambut highlight, pakai iphone, headphone besar gedabak kat telinga, kau paling menonjol.

arhh. itu semua tahi.
aku benci tahi itu. tak senggama minda aku langsung.

dan buat perempuan hipster diluar sana.
sila tahu beza antara musik rock, indie, electro dan synth tu macam mana.
sila tahu baju apa yang kau pakai tu. dah macam artis k-pork aku tengok.
tak payah nak hipster sangat lah.

ok?

kasihan

pada saat kau hampa.
pada saat kau rasa kau hanyalah manusia biasa.
pada saat dan ketika jam sudah menunjukkan pukul 5.23 minit pagi, kau masih berdiam kaku di hadapan skrin.

sudah tidak punya apa kelebihan lagi.
sudah rasa diri ini sangat lah rendah tahapnya.

kasihan kan?

mahu jalani hidup seperti orang beramai.
mahu bangun pagi dan cari rezeki yang halal.
mahu lari dari semua masalah.

bila sudah tidak ada apa lagi. orang semua membenci.
orang semua mengeji. dan yang utama sekali, kau sudah tidak diagongkan lagi.