Monday, September 27, 2010

demam rindu

langkah ku terhuyung-hayang. seolah-olah rangka tubuhku diperbuat dari straw minuman dan badanku berdaging kabu bantal. kau boleh bayang tak betapa lembiknya aku. memang. untuk saat dan ketika ini, aku tak larat. tak larat nak melawan segala halangan di sini. ya, di sini.

aku tak tau nak buat cane.
nak bangun pergi toilet pun terbongkok2.
bergenang air mata aku, jah.

jijah, kalaulah kau dapat rasa apa yang aku tengah alami sekarang.
tapi tidak. kau tolak itu. kau tolak untuk peduli aku betul-betul.

redha. aku redha.
dan serahkan pada tuhan.
itu je yang aku mampu.

tapi aku percaya. cinta kami sesuci sajak-sajak Abdullah Jones. jijah dah bersumpah, berteriak tepi cuping telinga aku sendiri, berikrar setia demi untuk meyakinkan aku. maaflah. aku bukan dewa cinta yang memegang pas kebenaran bercinta. aku menyilangkan kaki. kedua-dua tanganku memeluk jasad.

nafas cemas dan tertekan yang terperam sejak awal tadi berterbangan lega ke ruang udara seperti gas karbonat yang terburai keluar dari tin Coke yang dipegang kuat.

fuhh.lega. aku sayang kau la, ajijah.

Monday, September 20, 2010

long distance relationships





The thing about long distance relationships is how hard it is to part from each other, how to manage missing your other half, and how exciting it is when you meet again. I don't know whether it's only me or I'm normal, but after parting for quite some time, once we meet each other again it seems a lot has changed! and i miss him fucking damn much.


doing this long distance thingy kinda sucks, but I admit it's a good practice. Missing someone just makes you love them even more. I just can't wait and hurry see him and hug hug hug him like we haven't met for years. But something I noticed about him as time passes by, something has changed about him. I wonder, do I change?


Being apart from each other means losing track of each other's lives for a tiny bit amount of time (or long long longer), and it takes a while to catch up with each other. Which is of course– supposed to be the fun part, but... Aaaah, what am I talking about? I'm blabbering like crazy. Anyway, I'm just happy to finally hug Mohd Hazrul Azam.


sorry for not be with u, right now, darl. how i wish i could be with u, everytime u need me.

*awak rindu bubur saya masak, ye sayang..? auww. nanti saya masak banyak-banyak lagik.

Thursday, September 16, 2010

ajijah perlu hadapi puting beliung kilat hujan dan banyak.

pagi tadi aku bangun tidur, dan aku lihat ada ketul-ketul ais mencair di atas katil aku.

ah ! padah betul bila sudah jatuh cinta. aku memang lemah dengan lelaki yang sedang berpeluh lekit bercampur bau jantan dia.

ketika itu, banyak betul halangan sedang memecut ke arah aku.
aku renung padanya tajam sambil menghirup nafas sedalam2.

aku hitung satu sehingga tiga.
kaki sudah benam di tanah.
kepal sudah keras di tepi belikat.
gigit sudah ketap di pangkal lidah.

rapat.
sini rapat. meh berbaik dengan aku meh, halangan.

aku sedia. dugaan takkan berhenti ketuk pintu engkau.

baru 3 hari kami berkasih, sudah perlu jauh. memang halangan.
dan ketika ini, mereka bahagia lagi. kembali senyum.

Monday, September 6, 2010

perempuan sadis dan objek cintanya

oh, harus bagaimana, ya..? kalau begini sudah ceritanya. seorang perempuan yang sadis, cuba menggembirakan hatinya sendiri. bergurau sendiri, sebatang kara dan bercakap sorang-sorang. bukan sebab dia gila atau dungu, cuma dia tidak punya sesiapa yang hendak dibualkan.

dia tahu dia seorang, tak punya kawan, apatah lagi kekasih. dia takut untuk rapatkan diri dia kepada orang beramai. dia malu dengan diri dia. dia dibenci kerana ukur lilit pinggangnya mencecah 32. padahal setiap pagi dia belanjakan 70% wang saku untuk membeli kawan.

dia sangat takut dan malu melihat lelaki kerana berasa diri sangat hodoh. sebab itulah dia tidak pernah punya kekasih hati. bukannya dia tidak mahu merasa. tapi ayah dan bonda dia betul-betul manjakan dia. segala pujian di beri supaya dia tahu dialah permaisuri di dalam dunianya. yang punya muka molek dan cantik. hakikatnya, memang dia tidak tahu.

satu hari, ketika dia berjalan-jalan, turunnya hujan. hujan seolah-olah tahu hatinya sedang murung. dia langsung tidak sediakan payung atau baju hujan yang berwarna-warni ataupun bercorak polka dot yang biasanya dipakai oleh kanak-kanak perempuan kecil molek yang lain. jadi dia singgah di satu kedai untuk mengelak hujan. disitulah dia alami fenomena yang terlalu menyakitkan itu : cinta pandang pertama.

dia betul-betul mengalami depresi. bezanya adalah siapa mahu akukan depresinya. orang malu hendak mengiyakan lemah diri. baik diam. baik mati. dia sedar akan dirinya. jadi dia langsung tidak menaruh harapan ntuk objek cintanya itu. kalaulah objek cintanya itu memahami dirinya, tentulah mereka sedang berjoget-joget dan menyambut cinta mereka.

tapi tidak, mereka tolak itu untuk kepentingan diri sendiri. si perempuan sadis malu untuk bercinta. dia masih lagi bersadis dengan nasibnya. dia rasakan objek cintanya mahu lari darinya. dia tetap juga jadi si perempuan sadis. kasihan dia.

apakah dia bertemu atau tidak dengan objek cintanya, kita tidak tahu, kerana di sinilah noktah cerita ini.

ya, di sini.