Monday, September 6, 2010

perempuan sadis dan objek cintanya

oh, harus bagaimana, ya..? kalau begini sudah ceritanya. seorang perempuan yang sadis, cuba menggembirakan hatinya sendiri. bergurau sendiri, sebatang kara dan bercakap sorang-sorang. bukan sebab dia gila atau dungu, cuma dia tidak punya sesiapa yang hendak dibualkan.

dia tahu dia seorang, tak punya kawan, apatah lagi kekasih. dia takut untuk rapatkan diri dia kepada orang beramai. dia malu dengan diri dia. dia dibenci kerana ukur lilit pinggangnya mencecah 32. padahal setiap pagi dia belanjakan 70% wang saku untuk membeli kawan.

dia sangat takut dan malu melihat lelaki kerana berasa diri sangat hodoh. sebab itulah dia tidak pernah punya kekasih hati. bukannya dia tidak mahu merasa. tapi ayah dan bonda dia betul-betul manjakan dia. segala pujian di beri supaya dia tahu dialah permaisuri di dalam dunianya. yang punya muka molek dan cantik. hakikatnya, memang dia tidak tahu.

satu hari, ketika dia berjalan-jalan, turunnya hujan. hujan seolah-olah tahu hatinya sedang murung. dia langsung tidak sediakan payung atau baju hujan yang berwarna-warni ataupun bercorak polka dot yang biasanya dipakai oleh kanak-kanak perempuan kecil molek yang lain. jadi dia singgah di satu kedai untuk mengelak hujan. disitulah dia alami fenomena yang terlalu menyakitkan itu : cinta pandang pertama.

dia betul-betul mengalami depresi. bezanya adalah siapa mahu akukan depresinya. orang malu hendak mengiyakan lemah diri. baik diam. baik mati. dia sedar akan dirinya. jadi dia langsung tidak menaruh harapan ntuk objek cintanya itu. kalaulah objek cintanya itu memahami dirinya, tentulah mereka sedang berjoget-joget dan menyambut cinta mereka.

tapi tidak, mereka tolak itu untuk kepentingan diri sendiri. si perempuan sadis malu untuk bercinta. dia masih lagi bersadis dengan nasibnya. dia rasakan objek cintanya mahu lari darinya. dia tetap juga jadi si perempuan sadis. kasihan dia.

apakah dia bertemu atau tidak dengan objek cintanya, kita tidak tahu, kerana di sinilah noktah cerita ini.

ya, di sini.

3 comments:

Anonymous said...

Padat memanah ke arah jantung saya yang semakin bertikam sesama kita. Awak, lupakan si sia si kokse kokdam itu, hapuskan baunya dari pakaian awak. Awak kena kuat, kuat mencari noktah cinta hidup awak. Cinta ini tidak nampak..... Cari dengan hati, jangan hanya bau..

Mario & Luiji sayang awak!

Anonymous said...

di sini?

mektys said...

ya la gond. sini. *jari tunjuk sini