Thursday, July 22, 2010

selamat hari jadi, sayang.

Tidur lah dengan lelap hai kamu yang berulang tahun
Jangan hiraukan semua yang mengganggu tidur mu
Beristirahat lah dengan damai di ranjang mu
Lupakan semua yang meresahkan mu esok
Kerana esok adalah hari istimewa mu

Bergerak lah perlahan hai sang waktu
Berhenti lah sejenak walau ntuk sekali saja
Kerana kali ini saya tidak boleh terlambat
Kerana ada ucapan selamat ulang tahun yang harus sampai tepat waktu

Selamat ulang tahun saya ucapkan
Biarpun tak semahal berlian
Meskipun tidak sewangi bunga mawar
Dan tak seindah rangkaian puisi
Hanya kalimat sederhana yang merangkum semuanya
Dengan doa di setiap kata yang terucap

Haruskah meniup lilin ketika kamu berulang tahun..?
Penting kah saling melempar tepung yang tak termakan..?
Perlu kah kita membiarkan diri berfoya foya?
Kadang hadiah terbaik datang dari sebuah pemahaman
Maka merenung lah sejenak di hari kelahiran mu
Kamu sudah bertambah dewasa sekarang.

Sunday, July 11, 2010

Pistol air

haa. sebut sahaja pistol air orang akan ingat ia kemaluan lelaki. opss. saya menyapong.
sebenarnya ia betul2 pistol air laa. bukan sekadar air biasa. malah air bersabun. serta berbuih-buih.


si gadis bunga suka pada pistol air tuh. ia adalah senjata yang benar2 menjadi. lagi hebat dari senapang polis. si gadis bunga pandai guna ia sejak kali pertama dikenalkan oleh orang gaji mak sedara nya aka indon.


dia cakap, kalau nak lalu jalan kat xde orang tuh, jaga2. ada anjing liar. hati gadis bunga dah mula berdebar. dia mahu keluar berdating dengan kekasih pujaannya. harus meredah jalan berliku itu dengan menunggang basikal. kalau rajin nak naik teksi, boleh. tapi bayarannya mahal sedikit lah. maklumlah, KUALA LUMPUR tempat hujan acid.


tempat baru pulak tuh, Bukit Jalil. jadi orang gaji itu pesan lagi.

"nah, kamu jaga2 ya Siti, bahaya dong"

Siti tak kisah sangat dah. tak sabar ketemu terunanya, perasan. mula2 sahaja takut.
Orang gaji itu siap tolong masukkan air sabun lagi ntuk siti. tapi dia tetap degil.

lalu dia pergi dengan hati berani. tengah jalan nak pergi, ok lagi. tgahari, kan anjing sibuk cari makanan.

tepat pkul 6pm, Siti pulang. ingatkan anjing dah balek rumah masing2. rupa2nya, tercegat tepi hutan tuh haa, apa lagi. Siti termengah2 kayuh basikal sampai tercabut rantainya.


Siti dah mula runsing campur pening2. takutnya digigit anjing itu, alamaknya terpaksa mandi air tanah 7 kali. euww.

Siti kalut2 cari barang dalam bag, apa yang boleh dibaling atas muka anjing hitam lagi berkurap tuh. macam magik, wow. ada PISTOL AIR.


rupanya orang indon itu letak dalam bag senyap2, klu nampak kat kekasih dia tadi. malulah. macam budak2 main pistol air.


Maka tamatlah, sampai sekarang Si gadis bunga, pergi ke mana2 bawak pistol air. Jika ada yang persetankan dia, mahu ditembaknya air sabun betul2 atas dahi dan mata bajingan2 itu, bia pedih mata mereka.

HAHAHAHAHA. *suka riak takbur

Saturday, July 10, 2010

untuk mesraku

Di dalam hati melimpah rasa
ada sayang untukmu, mesraku.
rasalah kemesraan suara manja
merayap lembut memeluk tubuhmu.

di seberang selat sayangku ada,
terlalu manja mendalam rasanya.
sakti apa, ya, ada padamu
membawa manja rindumu selalu.

pada bintang menggetar tenang
selalu benar kutumpang tanya:
"rindukah teruna padaku sorang
gadis hina di dunia kejam?"

kadang-kadang bintang mengejek padaku
dan lokek pula memberi jawapan
lalu luluhlah harapan kalbu
sepilah, hampalah dan laralah badanku

kadang-kadang bintang bertimbang rasa
disela senyum lekas dijawabnya:
"usah susahlah duhai gadis
kasih si teruna padamu sahaja!"

khabar manalah yang padat benar
kasihkah, mesraku, atau bencikah..?
di seluruh jiwa bimbang menjalar
dalam merindu jawapannya.

*berlanjutan dalam puisi cinta. hatinya girang. sepertinya. berbunga-bunga. ;)

Tuesday, July 6, 2010

Ranap

sekali lagi. bagai anjing yang tiada siapa hiraukan. berkeliaran mencari tulang untuk dimakan. lapar agaknya. berbau hancing. biasalah. tiada tuan untuk mandikan setiap hari. bulu tumbuh kurap. banyak kutu. tapi anjing itu tidak peduli badannya. hanya tahu mencari makan dan menyalak. berharap supaya suatu hari nanti ada orang cina atau india kasihankan nasibnya. membawanya pulang dan membina sebuah rumah kecil yang kiut serta berwarna-warni.

anjing itu selalu berharap. di dalam hatinya sakit. ingin merasa seperti anjing2 bulldog yang tuannya naik kereta bmw. tinggi betul impian anjing itu. kan dia anjing, kenapa nak berangan seperti kucing parsi yang harganya beribu, mencecah juta. dia itu hanya lahir tepi longkang. padanlah tiada kawan. padanlah tiada seorang atau seekor yang sukakan bulunya yang montok yang berwarna cokelat gelap bertompok hitam.

samalah nasib seorang perempuan dungu dengan si anjing itu. padan benar. perempuan bodoh, busuk, dan suka berangan dengan anjing itu. ranap kali ini. ditinggalkan tanpa alasan yang tak jelas. selama 3 minggu kenal. manisnya. tapi penatnya memikir. apa salah perempuan itu..? apakah dia tidak menjaga hati kekasihnya dengan benar..? atau apakah kekasihnya itu yang salah menilai..?

sepanjang mereka berkasih, kekasih itu selalu memuji. setiap waktu. tapi hakikatnya berlawanan. perempuan itu tidak pernah ada baiknya. realiti nya memang buruk, busuk dan keji. perempuan itu cuba untuk memahami kekasihnya. tapi dia betul-betul buntu. riaknya perempuan itu selama 3 minggu kenal, sudah berharap panjang. sudah pikir masa depan. kenapa perempuan itu tidak tahu yang hakikatnya dia dianggap mainan. mainan yang boleh dimain ketika senang. dan biarkannya ketika tidak perlu. tidak peduli sampai bersarang labah2. kasihan mainan itu.

sepatutnya, dia tidak perlu beria-ria. hanya syukur dengan apa yang ada. tidak perlu suka sampai lemahnya seperti sekarang. bangkitlah wahai perempuan. bangunlah. kamu pasti boleh, kan..? sudah-sudahlah memanggil kekasihmu itu. dia bukannya dengar kau merayu sendiri. dia langsung tidak peduli bisik hatimu itu memuja dia. malah dia langsung tiada respon bila kamu menyebut setiap hujung pangkal nama dia.

terbanglah. dengan sayap mu itu. angkatlah kaki kamu.
ludahlah dengan siapa yang katakan, "kamu tidak bisa"

bangkit, perempuan. rejam setiap sumpah seranah itu. ke muka mereka.
tuhan ada bersamamu, Sayang.

Thursday, July 1, 2010

Sunyi


Malam ini hujan yang tidak deras
aku menggigil sedikit sahaja

malami ini aku anggap kelam
atau biasa sahaja
aku masih berjalan
di tepi jalan yang membentang
masih panjang

menerawang dalam gelap malam
ah aku termakan ego
ketamakkan akan nafsu

malam ini aku katakan sakit
aku tak tahu juga
kelopak mataku berkerut
jiwaku tergigil oleh dingin air hujan yang semakin menderas
yang menghempaskan tubuh juga
dalam dekapan angin malam
menepi dalam lembah subuh