Monday, December 13, 2010

kanak-kanak


Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.

aku rasa itu bukan aku. aku dah dewasa, cuma tak cukup dewasa dan perangai macam kanak-kanak. biasalah, anak bongsu.

orang lain patut untung sebab hanya aku ada sikap begini. utamanya, wahai kekasih.

sifat keanak-anakan aku pasti menjadi daya tarikan di mata kau, kan..? aku memang yakin lah kau akan terhibur dengan keletah aku. mana tak nya, aku selalu geletek kau, haha.

Tetapi, aku tahu aku ni bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati kau, malah aku bersikap keanak-anakan yang menyenangkan. kemanjaan aku akan membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian kau lah. Wanita yang ceria akan membuat lelaki lebih ghairah. kau kena tahu tu, wahai kekasih.

usahlah peduli orang cakap aku tak matang.

Saturday, December 11, 2010

kak timah cuntik

fatimah mula bangga berpakaian begitu. bagi fatimah, dia nampak cantik dan seksi.
fatimah sengaja pakai begitu sebab nak bodek bos kasi gaji up sket. bodoh betul fatimah.

sudahlah pakai eyeshadow berwarna hijau dengan baju yang berwarna pink, "fatimah baru nak belajar fesyen", kata rakan sepejabatnya.

"yu dah kurus!! omaigot!!"
padahal pinggang yang terjembul macam buasir masih tersadai atas tali pinggang ketat.
ejek kepada fatimah.

tiba-tiba fatimah dah bertukar mood melayang dengan rasa dia dah pandai bergaya dengan dress pendek stripes.


ok. cerita bersambung kemudian. banyak kerja perlu buat.

Tuesday, November 30, 2010

misi pertama


aku rasa macam sudah ada lesen untuk gebang hidung sambil kembang-kuncup hidung bila kawan aku cakap, "siti nampak makin kurus la"

*tahan

jap, BWAHAHAHAHAHAHA.

turun 2 kg je bro. bukan bnyak pon. tp dah jadi gila.

tapi aku nak krus macam gambar di atas.

Tuesday, November 23, 2010

suka lari-lari

aku harap dia baling samua wajah aku ke dalam tong sampah.
aku harap dia tutup kepala tong sampah dan berlalu pergi dan tong sampah itu akan menjadi resaikel bin.dia pasti klik kanan dan pilih empti resaikel bin dan tekan kuat-kuat, biar musnah sudah semua wajah aku yang menjijikkan ini.

bunyi henfon dari tadi, call dari, "jenny jerk"

aku tekan # lama, nak jadi silent. cukup, memang cukup aku rasa pahit.

cukup sampai di sini. ini bukan kali pertama. dah terang-terang. aku tipu dia. aku harap hati aku hilang kena makan oleh gajah dalam mimpi. aku harap gajah tu makan secepat mungkin hati aku sampai tiada apa-apa kesan pon.

masalahnya, gajah tu vegetarian. tapi ahh. apa aku kisah, biar hati aku dah kosong. bolong. lohong.

di sini, aku rasa ia memang patut berhenti dan mati.
sedih, bertukar tempat duduk. sadis! perasaan sayang memang wujud, tetapi, aku masih mahu menjelajah, ke muka dunia dan gembira sendiri.

dalam peta dunia, aku dan dia berada di starat yang berbeza. Di sini, dalam hati yang remuk, aku jadi benci dia.

dan tisu sekotak sudah basah.

Monday, November 22, 2010

cinta diri sendiri


Akan selalu ada saat-saat kita merasa yang paling terdedah. Ketika kita merasa tidak aman dan nyaman dari ketidaksempurnaan kita sendiri. Ya, tidak ada yang sempurna. Kita semua mempunyai kekurangan dari kita sendiri. Tapi kau tahu apa, aku muak firasat buruk tentang diriku sendiri! Dan kita semua harus berhenti merasa tidak sempurna. Setidaknya untuk satu hari dalam kehidupan kita.

Jadi, saat saya seperti keldai cengeng, saya mula berfikir, apa yang saya rasa mengerikan? Saya orang yang mengagumkan! Ya saya! Dan begitu juga anda! kemudian saya datang dengan sebuah idea, saya ingin membuat senarai alasan yang membuat saya orang yang mengagumkan. tidak ada yang salah tentang mencintai diri sendiri. Saatnya untuk merasa positif tentang diri anda, jadi mari kita mulai dengan saya.

1. Saya penyayang. walau apa orang kata, saya tetap sayangkan si pengata itu.

2. saya tak suka susahkan orang. saya memang tak suka mintak tolong dengan orang sampai dia boleh serabut dengan saya.

3. saya tak suka mandi, maka jimat bil air rumah saya.

4. saya makan banyak, memang antara sebab saya mengagumkan. saya makan apa yang saya rasa ia sedap dan tiap kali makan, saya akan sendawa sekuat-kuatnya.

5. saya kelakar. Saya ingin bersenang-senang dan spontan. saya bodoh dan saya akan melakukan apa saja bagi orang untuk bersenang-senang dengan saya. Saya juga romantis, dan saya suka membuat kejutan.

6. saya cintakan binatang. walaupun dah banyak kura-kura atau hamster yang telah mati akibat saya, saya masih cintakan binatang.

7. saya orang yang sensitif kerana saya menangis dengan mudah, saya mudah marah. Tapi yang membuat saya pendengar yang baik bagi orang lain, saya memahami apa yang orang lain merasa, mungkin tidak selalu benar.

8. Saya orang yang suka berterima kasih. Saya telah belajar dan mengalami banyak. saya punya kesempatan, saya juga membuat kesalahan. Dan untuk apa pun yang saya lalui, telah mengajarkan saya untuk bersyukur dari apa yang saya miliki, apa yang saya dapatkan, dan siapa saya.

9. saya manja, bukan kerana saya anak bongsu.

10. saya pandai memasak. fullstop, hanya orang-orang yang sudah rasa masakan saya.

wow, itu tidak semudah yang saya pikirkan, sukar membuat senarai seperti itu! Tapi sekarang saya lega! Aku benar-benar merasa jauh lebih baik tentang saya sendiri. Ya, saya menakjubkan! Sekarang giliran anda. Jangan takut untuk mencintai diri sendiri, merasa yakin! Anda yang menakjubkan. Kita adalah menakjubkan. Jangan biarkan orang membuat kita merasa kita tidak! Jangan biarkan orang merasa anda tidak layak, kerana anda tahu bahawa anda! Mari kita semua merasa senang tentang diri kita sendiri.

bosan

malam menanti siang. tapi malam sedang menemani aku.

bulan, kau jangan biar siang datang. biar alam ini kelam. kelam seperti aku. aku sedang bisik pada kau, si bulan.

di sini, ditemankan aku nescafe tarik buatan sendiri.
kata abang, "ciss, perasan minum nescafe tarik, ada buih-buih macam kat kedai mamak"

tuhan, terima kasih kerana indahnya ciptaan Kau. indahnya rasa nescafe ini, aku sudah seperti mahu terbang dan melayang-layang. melayan perasaan. terima kasih juga kerana menyihirkan spora cinta dan mengirim kuman duka kepada aku.

pukul 1. 30am.

aku bosan, mari cuba hobi baru. semalam, aku bawa balik Andrew dan Benny, kura-kura yang kali ke lima aku bela. yang sebelumnya, ada bersama kekasih lama. entah hidup atau mati. yang sebelumnya lagi, semuanya mati sebab aku.

sekarang aku mahu warnakan mereka dengan eyeshadow berwarna biru dan ditambahkan eyeliner merah di beberapa titik di mukanya. setidaknya mereka ada wajah baru dan ceria.

"aku lari dari makhluk-makhluk lain seperti kita" kata kura-kura kecil itu. mungkin gembira dapat tempat baru.

Cik Blog Bosan

lepas,
sepanjang bulan aku tidak buka blog.
baring, termenung, otak merewang.

kaki yang sekejap disimpuh, sekejap disila, sekejap ditinggung dan sekejap dijulur ini begitu baik sama aku.

tulisan;
kalau didasarkan bohong, payah.
mesti ada betul dalam bohong, sekurang2nya.
waima fiksyen yang paling terkeluar akal logika,
perlu nampak tengkorak benarnya.

kalau tidak,
jahanam.

potong kepala jika tidak pakai otak
tinggalkan senjata, kita bukan perompak
bakar hati kasi berkobar
kaki melangkah gagah macam gajah.

Sunday, October 17, 2010

naik syekhh


aku kini obses denganmu, aku diam-diam memujamu. si kachak Mu Gilo Mu Tolol. haha.
ngeh ngeh ngeh ngeh. geram tak geram tak?

suara kau menemukan titik tengah yang tidak mungkin antara hingar bermusuhan bunuh diri punk seni proto-elektro dan sinis, dipelajari, tapi akhirnya pop-friendly dari Flaming Lips, MGMT bermula sebagai Electroclash pengganas muzik tapi dengan cepat transmogrified menjadi Eklektik, kumpulan pop cerdas dengan berat psychedelic nada.

flash delirium buat aku terpekik lolong macam orang gila. sebatang harem aku tak paham aku kau sebut, si kachak. haha.
korang ni kan!!! aku sebat bontot sekor2. hahahaha.

Ben Goldwasser dan Andrew Van Wyngarden. nama kau pon terbelit lidah aku nak sebut, tapi apa aku kesah, kau tetap kachak dihatiku. haha.
skang tunggu masa nak bodek cik ajijah hadiahkan aku sehelai mgmt. haha, jahat nak mampos. gila lah punya materialistik perempuan ni. kalau aku jadi ajijah, dah lama aku tinggal perempuan celaka sebegini. haha. tapi ah. apalah sangat kekurangan yang sedikit2 aku dibanding cantiknya jiwa raga aku. haha, gila. sebenarnya aku memang gila.

mana ada manusia tak ada cela.

ketika ada mereka2 yang konon2 hendak jadi tukang tahu segalanya, yang hendak jadi aminah tonggek dan lenggang, yang hendak jadi tukang itu ini. betapa aku geli dan benci. korang hanyalah penyibuk yang tidak tahu pun apa yang diperkatakan. dan korang-korang yang mula minat apa yang aku minat, fakyu lah.

aku tetap ailebyu kepada cik ajijah dan mgmt.

yang cinta mgmt,

(siti hdyjjh)

Monday, October 4, 2010

tidakku sedar

hari yang sebegini, buat aku semakin kenal siapa itu ajijah.

satu lagi dia,
hazrul azam.

hati baru sahaja berhenti di sini,
akal mati melihat peri-peri,
termenung tidak merenung,
tidak!!
sepi tidak riang-ria bukan,
sayang,
keliling penuh kosong. bolong. lohong.
aku menyipi baring,
dipinggir,
bimbang takut kita kan tak ketemu lagi.

ini misteri
diatas misteri
diatas misteri

cintai aku
cintai aku selama masa
cintai aku seakhir dunia

kerna aku sedang bercinta. bercinta dengan si kasih yang jauh membunuh. diri sendiri bukan lagi penting bagi aku. untuk kau, si kasih. walau nafas ini ditakdirkan terakhir, sanggup ku hembus untuk mendingin tubuhmu. biar busuk mayat aku menunggu, asal kau tenang untuk kembali.


aku biru tunggu kamu,

siti.

Friday, October 1, 2010

sapa ada jumpa ajijah saya, tolong pulangkan, sebab saya cedera parah.


satu malam lepas tadi itu,
pulang aku tidak disambut,
penat aku tidak diurut,

mana kamu, budak kurus?
aku meringkuk menunggu kamu,
aku ketagih suara kamu!

cepat balik budak kurus...
bau kamu semakin pudar di sini...
semburkan aku untuk bercinta...


aku biru tunggu kamu.

maap segala hati yang ku sakiti kau itu. aku bersumpah dan janji. hanya kau cinta paling tulus suci aku. ajijah. datanglah kemari, aku perlu kamu. ;(


yang benar,

aisyah bin sabtu (at least ada nama. baru nampak berani skit. lain kali kau belasah je nama sesapa, k?)

Monday, September 27, 2010

demam rindu

langkah ku terhuyung-hayang. seolah-olah rangka tubuhku diperbuat dari straw minuman dan badanku berdaging kabu bantal. kau boleh bayang tak betapa lembiknya aku. memang. untuk saat dan ketika ini, aku tak larat. tak larat nak melawan segala halangan di sini. ya, di sini.

aku tak tau nak buat cane.
nak bangun pergi toilet pun terbongkok2.
bergenang air mata aku, jah.

jijah, kalaulah kau dapat rasa apa yang aku tengah alami sekarang.
tapi tidak. kau tolak itu. kau tolak untuk peduli aku betul-betul.

redha. aku redha.
dan serahkan pada tuhan.
itu je yang aku mampu.

tapi aku percaya. cinta kami sesuci sajak-sajak Abdullah Jones. jijah dah bersumpah, berteriak tepi cuping telinga aku sendiri, berikrar setia demi untuk meyakinkan aku. maaflah. aku bukan dewa cinta yang memegang pas kebenaran bercinta. aku menyilangkan kaki. kedua-dua tanganku memeluk jasad.

nafas cemas dan tertekan yang terperam sejak awal tadi berterbangan lega ke ruang udara seperti gas karbonat yang terburai keluar dari tin Coke yang dipegang kuat.

fuhh.lega. aku sayang kau la, ajijah.

Monday, September 20, 2010

long distance relationships





The thing about long distance relationships is how hard it is to part from each other, how to manage missing your other half, and how exciting it is when you meet again. I don't know whether it's only me or I'm normal, but after parting for quite some time, once we meet each other again it seems a lot has changed! and i miss him fucking damn much.


doing this long distance thingy kinda sucks, but I admit it's a good practice. Missing someone just makes you love them even more. I just can't wait and hurry see him and hug hug hug him like we haven't met for years. But something I noticed about him as time passes by, something has changed about him. I wonder, do I change?


Being apart from each other means losing track of each other's lives for a tiny bit amount of time (or long long longer), and it takes a while to catch up with each other. Which is of course– supposed to be the fun part, but... Aaaah, what am I talking about? I'm blabbering like crazy. Anyway, I'm just happy to finally hug Mohd Hazrul Azam.


sorry for not be with u, right now, darl. how i wish i could be with u, everytime u need me.

*awak rindu bubur saya masak, ye sayang..? auww. nanti saya masak banyak-banyak lagik.

Thursday, September 16, 2010

ajijah perlu hadapi puting beliung kilat hujan dan banyak.

pagi tadi aku bangun tidur, dan aku lihat ada ketul-ketul ais mencair di atas katil aku.

ah ! padah betul bila sudah jatuh cinta. aku memang lemah dengan lelaki yang sedang berpeluh lekit bercampur bau jantan dia.

ketika itu, banyak betul halangan sedang memecut ke arah aku.
aku renung padanya tajam sambil menghirup nafas sedalam2.

aku hitung satu sehingga tiga.
kaki sudah benam di tanah.
kepal sudah keras di tepi belikat.
gigit sudah ketap di pangkal lidah.

rapat.
sini rapat. meh berbaik dengan aku meh, halangan.

aku sedia. dugaan takkan berhenti ketuk pintu engkau.

baru 3 hari kami berkasih, sudah perlu jauh. memang halangan.
dan ketika ini, mereka bahagia lagi. kembali senyum.

Monday, September 6, 2010

perempuan sadis dan objek cintanya

oh, harus bagaimana, ya..? kalau begini sudah ceritanya. seorang perempuan yang sadis, cuba menggembirakan hatinya sendiri. bergurau sendiri, sebatang kara dan bercakap sorang-sorang. bukan sebab dia gila atau dungu, cuma dia tidak punya sesiapa yang hendak dibualkan.

dia tahu dia seorang, tak punya kawan, apatah lagi kekasih. dia takut untuk rapatkan diri dia kepada orang beramai. dia malu dengan diri dia. dia dibenci kerana ukur lilit pinggangnya mencecah 32. padahal setiap pagi dia belanjakan 70% wang saku untuk membeli kawan.

dia sangat takut dan malu melihat lelaki kerana berasa diri sangat hodoh. sebab itulah dia tidak pernah punya kekasih hati. bukannya dia tidak mahu merasa. tapi ayah dan bonda dia betul-betul manjakan dia. segala pujian di beri supaya dia tahu dialah permaisuri di dalam dunianya. yang punya muka molek dan cantik. hakikatnya, memang dia tidak tahu.

satu hari, ketika dia berjalan-jalan, turunnya hujan. hujan seolah-olah tahu hatinya sedang murung. dia langsung tidak sediakan payung atau baju hujan yang berwarna-warni ataupun bercorak polka dot yang biasanya dipakai oleh kanak-kanak perempuan kecil molek yang lain. jadi dia singgah di satu kedai untuk mengelak hujan. disitulah dia alami fenomena yang terlalu menyakitkan itu : cinta pandang pertama.

dia betul-betul mengalami depresi. bezanya adalah siapa mahu akukan depresinya. orang malu hendak mengiyakan lemah diri. baik diam. baik mati. dia sedar akan dirinya. jadi dia langsung tidak menaruh harapan ntuk objek cintanya itu. kalaulah objek cintanya itu memahami dirinya, tentulah mereka sedang berjoget-joget dan menyambut cinta mereka.

tapi tidak, mereka tolak itu untuk kepentingan diri sendiri. si perempuan sadis malu untuk bercinta. dia masih lagi bersadis dengan nasibnya. dia rasakan objek cintanya mahu lari darinya. dia tetap juga jadi si perempuan sadis. kasihan dia.

apakah dia bertemu atau tidak dengan objek cintanya, kita tidak tahu, kerana di sinilah noktah cerita ini.

ya, di sini.

Monday, August 30, 2010

untuk kali ke berapa juta, bingung

Tahukah seorang pecinta merasakan rindu yang amat sangat
Terkadang perasaan itu muncul ketika kita jauh dengan yang kita cintai
Terkadang pula ketika sebuah lantunan lagu terdengar begitu mengiris kalbu
Adakalanya hadir ditengah lamunan dalam sebuah perjalanan
Ya rindu itu selalu hadir ketika kita memiliki sebuah kata. Cinta. dan untuk itu, aku jatuh cinta untuk kali ke berapa juta pon aku bingung.

Terkadang ketika hati ini begitu kesal dan marah
Selalu saja telisik rindu datang dengan sendirinya
Tak rela rasanya ketika melihat matanya berlinang air mata
Berdosa rasanya ketika dia tertunduk sedih
Ah. bajingan. diriku terkadang merasa menjadi perempuan tanpa perasaan

Aku bukanlah seorang perempuan romantis
Yang selalu bertabur kata cinta dan rayuan
Tapi aku bisa lebih terkadang
Bisa membuat cinta aku terbang dengan kebahagiaan yang dia impikan

Sayang.
Bukanlah harta yang aku janjikan untuk dirimu
Bukan pula janji janji manis yang terkadang selalu tersisa tanpa ampas

Tapi aku adalah bahagian dari kehidupanmu
Yang akan selalu merasa sakit ketika kamu menangis
Yang akan selalu pilu ketika kamu bersedih hati

Percayalah.
rasa sayang itu akan selalu menyala
Buat dirimu.

Tuesday, August 24, 2010

cinta hati

setiap apa yang ada adalah berakar kepada kepercayaan. dan dari kepercayaan, kita bina kehidupan dari tafsiran mengikut pemahaman sendiri. walau asas kepercayaan adalah sama, tetap beda mengikut pembawaan kelompok.

contohnya. perkara ghaib. kita percaya ia ada.

cinta pon sama. bodoh atau ekstrim aku tidak tahu, cuma barangkali ada wajaran samar yang memberanikan aku untuk menyebut. tapi tak kenal. aku cuma rasa. ia boleh diklasifikasikan sebagai perkara ghaib.

cinta tak pernah jelmakan diri dia. betapa manis dan sucinya dia. orang kaya yang punya kereta berjuta-juta pon tak kenal apa erti cinta. namun masih, kita melayannya, menjaganya atas dasar kepercayaan. teologi yang sarat di dalamnya labirik metafizik memang mengkhayalkan manusia. sampai ada dalam kalangan kita, bisa nikmat merasa cinta terhadap sesuatu yang tidak pernah dilihat mata.

magisnya kepercayaan. magisnya kepercayaan sehingga memungkinkan kita yakin akan kewujudan cinta.

dan untuk si cinta hati, tidak bolehkah digunakan atas kepercayaan yang sama terhadap aku..? terhadap cinta aku..? sayang aku..? kasih dan rangkul aku..?

biar seluruh yang bernyawa sekarang ini habis air mata kerana meratapi kesedihan yang aku rasai. biar. dan kamu, cinta hati arjuna aku, terlebih dahulu aku sudah kering titis yang terakhir, cuma yang tinggal hanya titis merah.

dan kenapa perkara ghaib..?

sebab ia tidak bisa dilihatkan oleh mata. yang ada cuma bukti kewujudannya.

cinta hati, apa perlu untuk aku ciptakan satu bulan dan beribu bintang sebagai bukti kewujudan cinta pada kamu..?

Monday, August 23, 2010

mimpi cinta

semalam aku mimpi cinta. dah lama aku tak mimpi pasal dia semenjak dia pergi. selalunya kalau aku mimpi benda-benda yang menakutkan, sesuatu yang buruk akan berlaku pada dia (cinta).

tapi kali ni aku mimpi cinta. aku mimpi aku pukul cinta sambil menangis, meraung-raung. tak tahulah apa yang aku nangiskan (mungkin aku tahu, tapi tak mahu acknowledge). cinta tidak berkata apa-apa. cuma cinta bukak hati yang mahalnya yang berdiamond studded dan mendanglingkannya depan aku sebelum memberikannya kepada aku.

aku terus menangis.

aku terjaga jam 3:32 pagi. mukaku basah.

sejak bila airmata dalam mimpi boleh menyusup keluar..?

Monday, August 16, 2010

hati

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanyalah mencintai pantulan dari diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

CINTA sejati adalah saat kau dapat merelakan CINTA itu bahagia, bukan untuk mendapatkannya.

Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

kasih baru

Senyum itu terus mengembang di bibirku.
entah kenapa begitu.
aku pun tak tahu.
semua perasaan itu.
senang, sedih, tegang, lega dan takut menjadi satu.

Mungkin aku sudah gila.
sejak pertama kali memandangmu.
hanya untuk mengejar cita dan cinta.
yang masih tidak jelas akhir ceritanya.

Tuhan.
inikah jawapanMu..? Atas semua dosaku..?
Hamba mungkin tidak pantas mengatakan ini semua.
kerana Engkau pasti sudah tahu semuanya.

Tapi Tuhan.
hamba hanya ingin mencurahkan semua rasa di jiwa.
karena hanya pada-Mu dan dunia maya.
hamba bisa bercerita segalanya.

Aku sangat bersyukur dengan semua rezeki-Mu.
yang selama ini Kau curahkan kepadaku.
dan kali ini, aku mulai mengerti semuanya.
dan mungkin itu sebabnya.
aku masih bisa tersenyum menghadapi ini semua.

satu hari nanti,
semuanya akan menjadi pasti.
apakah ini semua akan menjadi realiti..?
atau hanya akan jadi mimpi belaka.

Tuesday, August 10, 2010

pinjam

dia bergelut sama malam yang paling beku dan kejam,
dia bertangkis sama subuh yang paling menghambur,
dia nekad.

dia berebut sama siang yang paling terik dan mengancam,
dia berpengkes sama setiaphari-setiaphari yang paling menghancur,
dia nekad.

harimau, naga dan rajawali pun tidak mampu menggodak tekadnya.
dia mahu merempuh gunung batu dan menapak di muka air laut beracun.
dia hendak menempik pada bongkas ais yang sedang bersedia untuk jatuh ke tulang rusuknya.
ini amuk yang menakutkan, wahai tuan-tuan, sepanjang kurun.

sehinggalah dilayangkan sebutir itu yang seperti bayu bening
pantas ke pipinya yang begitu mulus tapi tidak kering dek air mata.

ah.
betapa dia benci di setiap terletaknya bibir si lelaki itu di permukaan antara hujung mata dan bibirnya,
semuanya kembali menjadi sentosa.

celaka.

Thursday, August 5, 2010

WOMYN

ouh. setiap yang ditulis. pasti. tentang CINTA. yang ranap. selalu. memang tidak bisa lari dari itu. mahu kasihan pada diri sendiri. dan mahu KUAT. tapi.
saya bukan SUPERWOMYN.

jadi kali ini. saya mahu tulis. tentang WOMYN. yang berhak dengan hidupnya. tidak ditindas oleh jejaka-jejaka bajingan yang penuh dengan ego.

maap. saya tidak bisa jadi SUPERWOMYN.

kalau saya SUPERWOMYN, saya mengharapkan saya dapat bermain silap mata dengan kerja, kehidupan diri sendiri, keluarga dan semuanya yang berada di planet ini.

saya ini cuma WOMYN. biasa. sama seperti WOMYN yang lain-lain. yang pernah mengalami SEXISM atau seksisme. WOMYN mencuba untuk dapatkan apa yang mereka mahu. tapi masih dikawal dalam banyak cara. dan semua tanda-tanda mengelilingi mereka. mengawal atau seksisme tidak perlu terus dan lurus. ia boleh berlaku secara tidak langsung, macam seorang yang berada dalam keadaan ini dan banyak lagi keadaan di luar sana.

contoh - seorang lelaki mengacau perempuan. dengan perkataan kesat "peewwiitt". itu dah dikira sexism. apabila seorang WOMYN itu tidak selesa apabila berjalan dengan panggilan2 "hai cik adik, nak ke mana?" pon dikira sexism.

Seksisme (sexism) adalah usaha atau tindakan, sama ada secara sedar atau tidak, yang merendah-rendahkan martabat dan status wanita. Dalam negara yang mendokong demokrasi, pemikiran berunsurkan seksisme menafikan peluang dan hak wanita dalam pelbagai perkara dan bidang, khususnya dalam proses membuat keputusan yang terbaik untuk negara dan masa depan rakyat Malaysia di mana 50% daripada penduduknya adalah terdiri daripada wanita.

Seksisme yang berpunca daripada sifat dan pemikiran yang ingin mendominasi yang lemah akan menghasilkan dasar dan peraturan-peraturan yang seksis juga. Ia mendiskriminasi wanita dalam semua aspek dan wanita akan dipinggirkan dalam kebanyakan bidang, khususnya dalam proses membuat keputusan. Pendiskriminasian tersebut akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan wanita dan secara tidak langsung juga akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia yang kebanyakannya dipelihara dan dididik oleh wanita.

Seksisme mesti ditangani.

memaksa WOMYN ke dalam sfera rahsia ialah cara penghabisan yang terakhir untuk mengawal WOMYN. tepatnya kenapa, mendapatnya semula, saya sangat terbalik dan kacau-bilau.

dalam aturan untuk menbina persatuan yang setanding yang WOMYN impikan, kita perlu memulakan dengan didik LELAKI dan memberhentikan elemen lain untuk membentuk kehidupan WOMYN. saya tahu ia mudah dicakap berbanding laku. tapi kita harus cuba. kita juga berhak jadi ketua. ketua tidak akan menghapuskan diri sendiri. jadi kita harus cuba. dan setiap benda yang berlaku. DIKIRA.

Thursday, July 22, 2010

selamat hari jadi, sayang.

Tidur lah dengan lelap hai kamu yang berulang tahun
Jangan hiraukan semua yang mengganggu tidur mu
Beristirahat lah dengan damai di ranjang mu
Lupakan semua yang meresahkan mu esok
Kerana esok adalah hari istimewa mu

Bergerak lah perlahan hai sang waktu
Berhenti lah sejenak walau ntuk sekali saja
Kerana kali ini saya tidak boleh terlambat
Kerana ada ucapan selamat ulang tahun yang harus sampai tepat waktu

Selamat ulang tahun saya ucapkan
Biarpun tak semahal berlian
Meskipun tidak sewangi bunga mawar
Dan tak seindah rangkaian puisi
Hanya kalimat sederhana yang merangkum semuanya
Dengan doa di setiap kata yang terucap

Haruskah meniup lilin ketika kamu berulang tahun..?
Penting kah saling melempar tepung yang tak termakan..?
Perlu kah kita membiarkan diri berfoya foya?
Kadang hadiah terbaik datang dari sebuah pemahaman
Maka merenung lah sejenak di hari kelahiran mu
Kamu sudah bertambah dewasa sekarang.

Sunday, July 11, 2010

Pistol air

haa. sebut sahaja pistol air orang akan ingat ia kemaluan lelaki. opss. saya menyapong.
sebenarnya ia betul2 pistol air laa. bukan sekadar air biasa. malah air bersabun. serta berbuih-buih.


si gadis bunga suka pada pistol air tuh. ia adalah senjata yang benar2 menjadi. lagi hebat dari senapang polis. si gadis bunga pandai guna ia sejak kali pertama dikenalkan oleh orang gaji mak sedara nya aka indon.


dia cakap, kalau nak lalu jalan kat xde orang tuh, jaga2. ada anjing liar. hati gadis bunga dah mula berdebar. dia mahu keluar berdating dengan kekasih pujaannya. harus meredah jalan berliku itu dengan menunggang basikal. kalau rajin nak naik teksi, boleh. tapi bayarannya mahal sedikit lah. maklumlah, KUALA LUMPUR tempat hujan acid.


tempat baru pulak tuh, Bukit Jalil. jadi orang gaji itu pesan lagi.

"nah, kamu jaga2 ya Siti, bahaya dong"

Siti tak kisah sangat dah. tak sabar ketemu terunanya, perasan. mula2 sahaja takut.
Orang gaji itu siap tolong masukkan air sabun lagi ntuk siti. tapi dia tetap degil.

lalu dia pergi dengan hati berani. tengah jalan nak pergi, ok lagi. tgahari, kan anjing sibuk cari makanan.

tepat pkul 6pm, Siti pulang. ingatkan anjing dah balek rumah masing2. rupa2nya, tercegat tepi hutan tuh haa, apa lagi. Siti termengah2 kayuh basikal sampai tercabut rantainya.


Siti dah mula runsing campur pening2. takutnya digigit anjing itu, alamaknya terpaksa mandi air tanah 7 kali. euww.

Siti kalut2 cari barang dalam bag, apa yang boleh dibaling atas muka anjing hitam lagi berkurap tuh. macam magik, wow. ada PISTOL AIR.


rupanya orang indon itu letak dalam bag senyap2, klu nampak kat kekasih dia tadi. malulah. macam budak2 main pistol air.


Maka tamatlah, sampai sekarang Si gadis bunga, pergi ke mana2 bawak pistol air. Jika ada yang persetankan dia, mahu ditembaknya air sabun betul2 atas dahi dan mata bajingan2 itu, bia pedih mata mereka.

HAHAHAHAHA. *suka riak takbur

Saturday, July 10, 2010

untuk mesraku

Di dalam hati melimpah rasa
ada sayang untukmu, mesraku.
rasalah kemesraan suara manja
merayap lembut memeluk tubuhmu.

di seberang selat sayangku ada,
terlalu manja mendalam rasanya.
sakti apa, ya, ada padamu
membawa manja rindumu selalu.

pada bintang menggetar tenang
selalu benar kutumpang tanya:
"rindukah teruna padaku sorang
gadis hina di dunia kejam?"

kadang-kadang bintang mengejek padaku
dan lokek pula memberi jawapan
lalu luluhlah harapan kalbu
sepilah, hampalah dan laralah badanku

kadang-kadang bintang bertimbang rasa
disela senyum lekas dijawabnya:
"usah susahlah duhai gadis
kasih si teruna padamu sahaja!"

khabar manalah yang padat benar
kasihkah, mesraku, atau bencikah..?
di seluruh jiwa bimbang menjalar
dalam merindu jawapannya.

*berlanjutan dalam puisi cinta. hatinya girang. sepertinya. berbunga-bunga. ;)

Tuesday, July 6, 2010

Ranap

sekali lagi. bagai anjing yang tiada siapa hiraukan. berkeliaran mencari tulang untuk dimakan. lapar agaknya. berbau hancing. biasalah. tiada tuan untuk mandikan setiap hari. bulu tumbuh kurap. banyak kutu. tapi anjing itu tidak peduli badannya. hanya tahu mencari makan dan menyalak. berharap supaya suatu hari nanti ada orang cina atau india kasihankan nasibnya. membawanya pulang dan membina sebuah rumah kecil yang kiut serta berwarna-warni.

anjing itu selalu berharap. di dalam hatinya sakit. ingin merasa seperti anjing2 bulldog yang tuannya naik kereta bmw. tinggi betul impian anjing itu. kan dia anjing, kenapa nak berangan seperti kucing parsi yang harganya beribu, mencecah juta. dia itu hanya lahir tepi longkang. padanlah tiada kawan. padanlah tiada seorang atau seekor yang sukakan bulunya yang montok yang berwarna cokelat gelap bertompok hitam.

samalah nasib seorang perempuan dungu dengan si anjing itu. padan benar. perempuan bodoh, busuk, dan suka berangan dengan anjing itu. ranap kali ini. ditinggalkan tanpa alasan yang tak jelas. selama 3 minggu kenal. manisnya. tapi penatnya memikir. apa salah perempuan itu..? apakah dia tidak menjaga hati kekasihnya dengan benar..? atau apakah kekasihnya itu yang salah menilai..?

sepanjang mereka berkasih, kekasih itu selalu memuji. setiap waktu. tapi hakikatnya berlawanan. perempuan itu tidak pernah ada baiknya. realiti nya memang buruk, busuk dan keji. perempuan itu cuba untuk memahami kekasihnya. tapi dia betul-betul buntu. riaknya perempuan itu selama 3 minggu kenal, sudah berharap panjang. sudah pikir masa depan. kenapa perempuan itu tidak tahu yang hakikatnya dia dianggap mainan. mainan yang boleh dimain ketika senang. dan biarkannya ketika tidak perlu. tidak peduli sampai bersarang labah2. kasihan mainan itu.

sepatutnya, dia tidak perlu beria-ria. hanya syukur dengan apa yang ada. tidak perlu suka sampai lemahnya seperti sekarang. bangkitlah wahai perempuan. bangunlah. kamu pasti boleh, kan..? sudah-sudahlah memanggil kekasihmu itu. dia bukannya dengar kau merayu sendiri. dia langsung tidak peduli bisik hatimu itu memuja dia. malah dia langsung tiada respon bila kamu menyebut setiap hujung pangkal nama dia.

terbanglah. dengan sayap mu itu. angkatlah kaki kamu.
ludahlah dengan siapa yang katakan, "kamu tidak bisa"

bangkit, perempuan. rejam setiap sumpah seranah itu. ke muka mereka.
tuhan ada bersamamu, Sayang.

Thursday, July 1, 2010

Sunyi


Malam ini hujan yang tidak deras
aku menggigil sedikit sahaja

malami ini aku anggap kelam
atau biasa sahaja
aku masih berjalan
di tepi jalan yang membentang
masih panjang

menerawang dalam gelap malam
ah aku termakan ego
ketamakkan akan nafsu

malam ini aku katakan sakit
aku tak tahu juga
kelopak mataku berkerut
jiwaku tergigil oleh dingin air hujan yang semakin menderas
yang menghempaskan tubuh juga
dalam dekapan angin malam
menepi dalam lembah subuh

Wednesday, June 30, 2010

Sepi

Malam ini aku kembali terdiam sendiri di sini
Termakan kembali oleh sunyinya malam ini
Dan aku pun kembali hanya sendiri dan sendiri
Tak ada kawan di sini kecuali sepi yang menemani

Malam ini sepi kembali melanda dan menyerangku
Mengusik dan mengganggu ketenangan hati dan batinku
Terus mengusik dan mengusik ketenangan
Mengingat kembali pada semua kenangan
Dan mendatangkan rasa kesepian

Dan aku.
Termakan oleh sepi yang kau hadirkan
Tenggelam dalam keegoisan
Terdiam dalam kegelapan
Dan kesepian.

Aku di sini semakin terpuruk dan terpuruk
Dalam kesepian ini
Dalam kesendirian ini
Dalam keadaan yang sepi ini
Dalam sepiku dan sepimu.

Sikat gigi


Seseorang lupa menggosok giginya sebelum tidur
Di dalam tidur ia bermimpi
Ada sikat gigi menggosok-gosok mulutnya supaya
terbuka

Ketika ia bangun pagi hari
Sikat giginya tinggal sepotong
Sepotong yang hilang itu agaknya
Tersesat di dalam mimpinya dan tak bisa kembali

Dan ia berpendapat bahwa, kejadian itu terlalu.
berlebih-lebihan.