Tuesday, November 23, 2010

suka lari-lari

aku harap dia baling samua wajah aku ke dalam tong sampah.
aku harap dia tutup kepala tong sampah dan berlalu pergi dan tong sampah itu akan menjadi resaikel bin.dia pasti klik kanan dan pilih empti resaikel bin dan tekan kuat-kuat, biar musnah sudah semua wajah aku yang menjijikkan ini.

bunyi henfon dari tadi, call dari, "jenny jerk"

aku tekan # lama, nak jadi silent. cukup, memang cukup aku rasa pahit.

cukup sampai di sini. ini bukan kali pertama. dah terang-terang. aku tipu dia. aku harap hati aku hilang kena makan oleh gajah dalam mimpi. aku harap gajah tu makan secepat mungkin hati aku sampai tiada apa-apa kesan pon.

masalahnya, gajah tu vegetarian. tapi ahh. apa aku kisah, biar hati aku dah kosong. bolong. lohong.

di sini, aku rasa ia memang patut berhenti dan mati.
sedih, bertukar tempat duduk. sadis! perasaan sayang memang wujud, tetapi, aku masih mahu menjelajah, ke muka dunia dan gembira sendiri.

dalam peta dunia, aku dan dia berada di starat yang berbeza. Di sini, dalam hati yang remuk, aku jadi benci dia.

dan tisu sekotak sudah basah.

No comments: