Tuesday, February 22, 2011

Dinda dan Permaisuri, memang beza.

ok. ini adalah cerita tentang dinda dengan permaisurinya. cinta dinda kan tetap teguh kepada permaisuri hingga ke syurga walau apa jua rintangan yang melanda. Ya, takkan berubah.

Dia sekadar mahu menjelma sebagai butang yang terkancing setia di baju permaisuri. Memang dia obsesi maut pada permaisuri. obseks. obseks. obseks.

Dia (dinda) kata tengah mengalami satu situasi yang agak buruk sekarang. sudah berulat katanya, mahu buat apa pon dia bingung. dia serba salah sama ada nak buang ulat-ulat itu, atau spray sahaja dengan spray nyamuk jenama Shieldtox.

Dia kata dia tengah kemalangan sekarang, kemalangan jiwa. ianya sebuah fenemona abstrak dalam hidupnya. Dilanggar lari setahun lepas. dan dilanggar sekali lagi oleh penjenayah yang lain. ohh. permaisuri. Dia adalah parasit berbelang pelangi paling comel dalam hidup dinda. dia tempat untuk hari-hari dinda. gaduh atau berbaik-baik. selalu.

Dia gagal menyelesaikan teka-teki dan permasalahan permaisuri. kata-kata nostalgia romantis dalam nada lelaki membawa dia terbang tinggi ke manara KLCC. Oleh itu, dia telah mengambil keputusan, mahu bertemu permaisuri untuk sesi 'bersua-muka-untuk-penjelasan-yang-jujur'

Dia memang tengah simpan rindu dia dalam balang kaca dan tutup rapat-rapat supaya tak masuk sedikit pon perasaan lain dalam balang itu. Setiap hari dia hadap balang rindu itu. Dinamakan balang itu, "Rindu Sakti" Dia janji nak bawak Rindu Sakti kemana pon dia pergi. Sampai waktu jumpa permaisuri, dia nak buka balang itu dan hembuskan ke atas muka serta hati permaisuri. Biar rasanya perlahan-lahan. tak terlalu kencang. Slow dan steady katanya. nak rilex-rilex sudah. tak nak over.

Dia paling benci perempuan gedik. Sebab tu lah, dia tak pernah gelarkan diri dia adalah perempuan, malah panggil diri nya sendiri Jejaka Kachak.

Jangan tanya kenapa!

Sekarang dia punya kebebasan berfikir dan bercinta lagi dengan Permaisuri.

eh kejap, permaisuri tu perempuan kan..? dan dinda pon perempuan..? adakah dinda dan permaisuri melakukan hubungan sejenis..? oh tidak. ya, memang salah.

PERMAISURI dalam watak ini memang LELAKI. dan baik.
DINDA tu yang salah sebenarnya. sepatutnya KANDA sebab watak dan sikapnya memang macam lelaki. ngeh ngeh ngeh.

geram tak..? geram tak..?

Sunday, February 13, 2011

Rakus Duit

kak jah memang kaya. hari-hari kak jah dapat duit hasil dari kerja kak jah. senang je kerjanya, duduk bersila 5 jam sehari depan komputer riba, 9 jam pergi ke sekolah hadap ilmu, 6 jam lepas hawa nafsu tidur, 4 jam lagi makan, mandi, solat, buang masa. senang kan..?

semua orang pon nak. ptptn pon tiap2 bulan masuk. sekali masuk bukannya sikit, dua tiga ratus juta jugak la. yang lagi kak jah suka, setiap kak jah hadap duit, mesti kak jah nak hadap benda lain. dah jadi obsess. jam, kasut, baju. dan yang paling ketara sekarang adalah harimau. kak jah memang tak berkira langsung dalam bab duit, harimau pon dia pergi zoo dan minta bayar dengan pegawai keselamatan yang pegang senapang di bahunya itu.

kak jah sekarang dah ada peminta tegar. sebab kak jah kan kaya, jadi sini lah tempat minta kewangan. dah jadi dermawan tu, kak jah ikut je. buta tuli kak jah ikut. ya lah, di sini.

senang dan mudah, mari datang mintak duit dan bangkit semua harta yang ada. bawak masuk ke dalam liang lahad.

ini adalah strategi paling rasional yang mampu diproses oleh akal biasa. mari semua, kita tunggu kak jah derma duit untuk kita.

kak jah tak kisah, jika si Rakus muncul sebagai ular berbisa, kak jah akan simbah serbuk sulfur kuning di sekeliling badan dan nyawa si rakus. ya, sebelum Rakus bertukar menjadi rantai ular yang membelit duit kak jah.

Tuesday, February 8, 2011

i'm fucking done with this.


I hate you. I hate all the girls in my school. Honestly, I am not here to impress you so stop judging me. You don’t know anything about me but you still talk shit. Does it honestly make you feel better about yourself when you talk about me? Does it make you feel prettier? Does it make you feel happier? Well you don’t know what it does to me. When you talk about me, it slowly destroys me. I don’t know why it does, but it does. I try avoiding you so you don’t have anything to say, but you still do. Why do you pick on me? I never did anything to you. You and your little stupid group of friends all hate me for no reason. I actually try being nice to you but why? I’m sure you guys all gather up together and dissect ever word I say and use it against me. I know it doesn’t seem like a big deal, but you guys make my life hell. I don’t show it, but I hate being talked about. I hate it so much. I sometimes wanna leave this school and go somewhere else. But then, who would entertain you?

Sunday, February 6, 2011

makan hati Kak Jah

Keletak keletuk kak jah menekan butang di komputer riba untuk menaip sesuatu yang membosankan.

secawan kopi di letak di atas meja. dengan canggung, kak jah menarik hujung tisu. mengesat mulut sambil akalnya menari di awan tinggi sampai menyentuh sayap malikat.

perasaan kak jah memekik-mekik. hati kak jah tak tenteram. dunia kak jah haru biru. fikiran kak jah sedang bersaing dengan lagu yang dimuat turun kemudahan internet. "crystal fighters - i do this everyday" .

kak jah tetap mematung, cuba berlakon memahami dirinya, yang berlaga dengan pergolakan kawan-kawan, teman dan mate-rumah.

kak jah disumpah seranah. "KENAPA BEGITU?" kata kak jah. dengan nafas tersekat, kak jah bercakap sendirian, " TADI KITA MAKAN TUBUH KAWAN, KAWAN MINUM DARAH KITA, BUKANKAH MANIS MACAM HEMPEDU?"

patutlah tadi, kak jah bertemu korban yang tersungkur dengan lidah terjulur.