Tuesday, February 22, 2011

Dinda dan Permaisuri, memang beza.

ok. ini adalah cerita tentang dinda dengan permaisurinya. cinta dinda kan tetap teguh kepada permaisuri hingga ke syurga walau apa jua rintangan yang melanda. Ya, takkan berubah.

Dia sekadar mahu menjelma sebagai butang yang terkancing setia di baju permaisuri. Memang dia obsesi maut pada permaisuri. obseks. obseks. obseks.

Dia (dinda) kata tengah mengalami satu situasi yang agak buruk sekarang. sudah berulat katanya, mahu buat apa pon dia bingung. dia serba salah sama ada nak buang ulat-ulat itu, atau spray sahaja dengan spray nyamuk jenama Shieldtox.

Dia kata dia tengah kemalangan sekarang, kemalangan jiwa. ianya sebuah fenemona abstrak dalam hidupnya. Dilanggar lari setahun lepas. dan dilanggar sekali lagi oleh penjenayah yang lain. ohh. permaisuri. Dia adalah parasit berbelang pelangi paling comel dalam hidup dinda. dia tempat untuk hari-hari dinda. gaduh atau berbaik-baik. selalu.

Dia gagal menyelesaikan teka-teki dan permasalahan permaisuri. kata-kata nostalgia romantis dalam nada lelaki membawa dia terbang tinggi ke manara KLCC. Oleh itu, dia telah mengambil keputusan, mahu bertemu permaisuri untuk sesi 'bersua-muka-untuk-penjelasan-yang-jujur'

Dia memang tengah simpan rindu dia dalam balang kaca dan tutup rapat-rapat supaya tak masuk sedikit pon perasaan lain dalam balang itu. Setiap hari dia hadap balang rindu itu. Dinamakan balang itu, "Rindu Sakti" Dia janji nak bawak Rindu Sakti kemana pon dia pergi. Sampai waktu jumpa permaisuri, dia nak buka balang itu dan hembuskan ke atas muka serta hati permaisuri. Biar rasanya perlahan-lahan. tak terlalu kencang. Slow dan steady katanya. nak rilex-rilex sudah. tak nak over.

Dia paling benci perempuan gedik. Sebab tu lah, dia tak pernah gelarkan diri dia adalah perempuan, malah panggil diri nya sendiri Jejaka Kachak.

Jangan tanya kenapa!

Sekarang dia punya kebebasan berfikir dan bercinta lagi dengan Permaisuri.

eh kejap, permaisuri tu perempuan kan..? dan dinda pon perempuan..? adakah dinda dan permaisuri melakukan hubungan sejenis..? oh tidak. ya, memang salah.

PERMAISURI dalam watak ini memang LELAKI. dan baik.
DINDA tu yang salah sebenarnya. sepatutnya KANDA sebab watak dan sikapnya memang macam lelaki. ngeh ngeh ngeh.

geram tak..? geram tak..?

No comments: