Wednesday, April 27, 2011

kisah itu

Bilangan isipadu rokok yang dihisap akan meningkat sekarang ni, kadang-kadang kepada 3 kali ganda, bergantung kepada tahap stress. Tak dinafikan, rokok memang peneman sejati time bergaduh dengan bf dan di kala tengah berak.

Monday, April 25, 2011

dasar binatang

kuat ti! kuat! itu saja resepi kau. tak perlu tunduk pada sesiapa pon! kau kan nak jadi jobot..? iyalah! betul cakap kau, hati. aku janji akan kuat dan memberontak. lawan cakap sesiapa sahaja.

kita tengok sampai bila dia boleh tahan tanpa kau..? wahai lelaki! HAHAHHAHA.

jangan nak tunjuk hebat sangat la kat perempuan ni, tak ada guna pon. langsung tak. senang kan sumpahseranah aku..? senang kan cakap itu ini dengan aku..? senang jugak kan tuduh aku macam-macam..?

euuw. nak termuntah aku.

*pening dan diam

aku akan cuba hidup tanpa kau, lelaki. dah berkali aku cuba. dan kali ini aku yakin dan pasti.

berambuslah! dasar binatang berkaki lima.

marah diri

apa yang kau tengah alami sekarang..? adakah baik-baik segala..? atau hanya kejadian wajib yang kau lakukan..? makan, minum, mandi, tidur, layan facebook..? ahh! itu semua membosankan.

aduh.
bagaimana bisa jadi mungkin semua ini...?

*diam*

apa pula yang aku tengah alami..?

aku tengah hadap berjuta-juta masalah. kau pon sama, kan..? marah.
itu yang sebenarnya.
menyampah dan marah.
berbakul aku carutsumpah.

mereka kata kau bodoh tak tinggalkan aku. tak! kau silap! aku yang bodoh tak tinggalkan kau awal-awal lagi.

PANGGG!!!!
kalau aku bisa buat, memang aku lempang mulutnya! tuhan sudah bagi akal, tak mahu guna. kau telan SEMUA saja2, tanpa usul-periksa.

ah!
panas.
sungguh panas.

aku akan cari kau,
aku tampar depan semua orang,
kemudian aku ludah.

dasar binatang.

* aku benar2 rasa mau lempar barang, terajang orang, sekarang ini.
tuhan, kuatkan aku.
tolong.

Sunday, April 24, 2011

have mercy on me

Aku dapat rasa. sesuatu, bukan emas atau nasib yang akan menimpa. tapi penyakit aku datang lagi! ahh!

apa patut aku buat..? ketagih nescafe atau sepatutnya jadi kanak-kanak yang hanya minum susu panas dan juga milo.

sekarang dah 6.25am. kau tahu tak sejak pukul berapa lagi aku berada kat atas tilam yang nipis ni..? ya! dari pukul 1am lg! kau boleh bayang tak aku dah gelisah. hilang arah, pandang langit! kira bintang! bosan kau tahu tak..?

dah setahun penyakit ni hilang. sejak tinggal kt asrama dulu, selalu tidur macam budak-budak sekolah. pukul 12am dah tercegat mati diarus mimpi. tapi sekarang.

arghh! kau ingat aku rajin sangat nak study berjam-jam tak henti. dulu dah ketagih ubat tidur. takkan sekarang nak lagi kot! tolongla mata! pejam lah!

aku mahu.


aku dah mula jadi jahat. satu per satu kejahatan aku buat.
bermula dari merobek hati seorang kawan. tak lupa juga hati orang yang aku sayang sangat. cinta hati aku, si peluluh rindu!

dari situ, ia bersambung kepada diri sendiri. aku rasa mahu sahaja menikam dada sendiri, membunuh hati aku yang kering ini.

mulalah nak membuat perkara tak munasabah. dari pakai, buang. pakai balik dan buang lagi. betul. aku tak pernah serik. mencuba untuk jadi jahat sebetulnya jahat.

kau pikir aku mahukan ni..? tak. sememangnya tidak. gila kau, tak ada dalam buku seseorang cita-cita dia nak jadi penjahat. perompak dan perogol kat luar sana pon, dari kecik, bukan itu cita-cita dia. bila ditanya, tentu sahaja,"askar, doktor, guru, dan berlambak lagi"

kau tahu apa cita-cita aku..? robot. iya, memang betul2 robot. yang boleh buat apa saja. tak perlu dikira dosa. aku nampak bangang kan..?

aku tak ingin langsung jadi gadis. aku harap sangat nyawa gadis aku ditukar kepada sesuatu bentuk besi. yang tidak perlu ada perasaan. robot yang keras dan ganas.

tak cukup lagi, aku berani mati. aku ingin lenyap. aku bersuka ria bersama lelaki. mengemis dan merayu. kau pikir itu tak cukup jahat..?

selepas dipikir lagi, aku mula jadi seorang lelaki. atau lebih moleknya, seekor binatang. aku tak ingin lemah. aku suka menghenyak diri. aku sudah mula jinak dalam rokok. ye, aku cuba. selepas "dunhill, winston, winston light" dan akhir sekali ketagih pada sekotak warna hijau. sejuk.

tak cukup jahat lagi untuk seorang gadis..? aku tidak bergaul dengan sesiapa. kau pikir itu perkara yang mudah..? senyap bila orang bertanya. masam bila orang tengah gembira. sunyi sendiri dalam bilik. mengurung dan mengikat diri dari kawan.

sudahlah ingkar pada illahi. kenapa dengan aku ni..? kenapa aku rasa macam pernah dikambus tanah. apa didalam hati aku ini..? sekeliling aku memang berbeda.

sungguh aku tak kuat. robot, datanglah pada aku. ajaklah aku bersama kamu. aku dah tak nak dengar suara aku. hanya robot!

Wednesday, April 20, 2011

tikam!



Tak payah main sorok sorok serang hendap. Nah dada saya, tikamlah.

pergi!




Amek batu, campak jauh jauh.


Jauh mana je dia pegi ?
p/s : berhenti buat kerja sia sia

misteri



Hati hati. Aku misteri. Jangan sampai kau mati.

logiknya



Kerana engkau pantai, dan aku laut ombak, maka logiknya ada pasang surut kita itu.

Friday, April 8, 2011

malas nak tulis lagi!

http://popkon.tumblr.com/