Sunday, April 24, 2011

aku mahu.


aku dah mula jadi jahat. satu per satu kejahatan aku buat.
bermula dari merobek hati seorang kawan. tak lupa juga hati orang yang aku sayang sangat. cinta hati aku, si peluluh rindu!

dari situ, ia bersambung kepada diri sendiri. aku rasa mahu sahaja menikam dada sendiri, membunuh hati aku yang kering ini.

mulalah nak membuat perkara tak munasabah. dari pakai, buang. pakai balik dan buang lagi. betul. aku tak pernah serik. mencuba untuk jadi jahat sebetulnya jahat.

kau pikir aku mahukan ni..? tak. sememangnya tidak. gila kau, tak ada dalam buku seseorang cita-cita dia nak jadi penjahat. perompak dan perogol kat luar sana pon, dari kecik, bukan itu cita-cita dia. bila ditanya, tentu sahaja,"askar, doktor, guru, dan berlambak lagi"

kau tahu apa cita-cita aku..? robot. iya, memang betul2 robot. yang boleh buat apa saja. tak perlu dikira dosa. aku nampak bangang kan..?

aku tak ingin langsung jadi gadis. aku harap sangat nyawa gadis aku ditukar kepada sesuatu bentuk besi. yang tidak perlu ada perasaan. robot yang keras dan ganas.

tak cukup lagi, aku berani mati. aku ingin lenyap. aku bersuka ria bersama lelaki. mengemis dan merayu. kau pikir itu tak cukup jahat..?

selepas dipikir lagi, aku mula jadi seorang lelaki. atau lebih moleknya, seekor binatang. aku tak ingin lemah. aku suka menghenyak diri. aku sudah mula jinak dalam rokok. ye, aku cuba. selepas "dunhill, winston, winston light" dan akhir sekali ketagih pada sekotak warna hijau. sejuk.

tak cukup jahat lagi untuk seorang gadis..? aku tidak bergaul dengan sesiapa. kau pikir itu perkara yang mudah..? senyap bila orang bertanya. masam bila orang tengah gembira. sunyi sendiri dalam bilik. mengurung dan mengikat diri dari kawan.

sudahlah ingkar pada illahi. kenapa dengan aku ni..? kenapa aku rasa macam pernah dikambus tanah. apa didalam hati aku ini..? sekeliling aku memang berbeda.

sungguh aku tak kuat. robot, datanglah pada aku. ajaklah aku bersama kamu. aku dah tak nak dengar suara aku. hanya robot!