Monday, November 22, 2010

bosan

malam menanti siang. tapi malam sedang menemani aku.

bulan, kau jangan biar siang datang. biar alam ini kelam. kelam seperti aku. aku sedang bisik pada kau, si bulan.

di sini, ditemankan aku nescafe tarik buatan sendiri.
kata abang, "ciss, perasan minum nescafe tarik, ada buih-buih macam kat kedai mamak"

tuhan, terima kasih kerana indahnya ciptaan Kau. indahnya rasa nescafe ini, aku sudah seperti mahu terbang dan melayang-layang. melayan perasaan. terima kasih juga kerana menyihirkan spora cinta dan mengirim kuman duka kepada aku.

pukul 1. 30am.

aku bosan, mari cuba hobi baru. semalam, aku bawa balik Andrew dan Benny, kura-kura yang kali ke lima aku bela. yang sebelumnya, ada bersama kekasih lama. entah hidup atau mati. yang sebelumnya lagi, semuanya mati sebab aku.

sekarang aku mahu warnakan mereka dengan eyeshadow berwarna biru dan ditambahkan eyeliner merah di beberapa titik di mukanya. setidaknya mereka ada wajah baru dan ceria.

"aku lari dari makhluk-makhluk lain seperti kita" kata kura-kura kecil itu. mungkin gembira dapat tempat baru.

No comments: