Monday, October 4, 2010

tidakku sedar

hari yang sebegini, buat aku semakin kenal siapa itu ajijah.

satu lagi dia,
hazrul azam.

hati baru sahaja berhenti di sini,
akal mati melihat peri-peri,
termenung tidak merenung,
tidak!!
sepi tidak riang-ria bukan,
sayang,
keliling penuh kosong. bolong. lohong.
aku menyipi baring,
dipinggir,
bimbang takut kita kan tak ketemu lagi.

ini misteri
diatas misteri
diatas misteri

cintai aku
cintai aku selama masa
cintai aku seakhir dunia

kerna aku sedang bercinta. bercinta dengan si kasih yang jauh membunuh. diri sendiri bukan lagi penting bagi aku. untuk kau, si kasih. walau nafas ini ditakdirkan terakhir, sanggup ku hembus untuk mendingin tubuhmu. biar busuk mayat aku menunggu, asal kau tenang untuk kembali.


aku biru tunggu kamu,

siti.

No comments: