Thursday, August 5, 2010

WOMYN

ouh. setiap yang ditulis. pasti. tentang CINTA. yang ranap. selalu. memang tidak bisa lari dari itu. mahu kasihan pada diri sendiri. dan mahu KUAT. tapi.
saya bukan SUPERWOMYN.

jadi kali ini. saya mahu tulis. tentang WOMYN. yang berhak dengan hidupnya. tidak ditindas oleh jejaka-jejaka bajingan yang penuh dengan ego.

maap. saya tidak bisa jadi SUPERWOMYN.

kalau saya SUPERWOMYN, saya mengharapkan saya dapat bermain silap mata dengan kerja, kehidupan diri sendiri, keluarga dan semuanya yang berada di planet ini.

saya ini cuma WOMYN. biasa. sama seperti WOMYN yang lain-lain. yang pernah mengalami SEXISM atau seksisme. WOMYN mencuba untuk dapatkan apa yang mereka mahu. tapi masih dikawal dalam banyak cara. dan semua tanda-tanda mengelilingi mereka. mengawal atau seksisme tidak perlu terus dan lurus. ia boleh berlaku secara tidak langsung, macam seorang yang berada dalam keadaan ini dan banyak lagi keadaan di luar sana.

contoh - seorang lelaki mengacau perempuan. dengan perkataan kesat "peewwiitt". itu dah dikira sexism. apabila seorang WOMYN itu tidak selesa apabila berjalan dengan panggilan2 "hai cik adik, nak ke mana?" pon dikira sexism.

Seksisme (sexism) adalah usaha atau tindakan, sama ada secara sedar atau tidak, yang merendah-rendahkan martabat dan status wanita. Dalam negara yang mendokong demokrasi, pemikiran berunsurkan seksisme menafikan peluang dan hak wanita dalam pelbagai perkara dan bidang, khususnya dalam proses membuat keputusan yang terbaik untuk negara dan masa depan rakyat Malaysia di mana 50% daripada penduduknya adalah terdiri daripada wanita.

Seksisme yang berpunca daripada sifat dan pemikiran yang ingin mendominasi yang lemah akan menghasilkan dasar dan peraturan-peraturan yang seksis juga. Ia mendiskriminasi wanita dalam semua aspek dan wanita akan dipinggirkan dalam kebanyakan bidang, khususnya dalam proses membuat keputusan. Pendiskriminasian tersebut akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan wanita dan secara tidak langsung juga akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia yang kebanyakannya dipelihara dan dididik oleh wanita.

Seksisme mesti ditangani.

memaksa WOMYN ke dalam sfera rahsia ialah cara penghabisan yang terakhir untuk mengawal WOMYN. tepatnya kenapa, mendapatnya semula, saya sangat terbalik dan kacau-bilau.

dalam aturan untuk menbina persatuan yang setanding yang WOMYN impikan, kita perlu memulakan dengan didik LELAKI dan memberhentikan elemen lain untuk membentuk kehidupan WOMYN. saya tahu ia mudah dicakap berbanding laku. tapi kita harus cuba. kita juga berhak jadi ketua. ketua tidak akan menghapuskan diri sendiri. jadi kita harus cuba. dan setiap benda yang berlaku. DIKIRA.

No comments: