Sunday, January 16, 2011

si perempuan

nak jadi perempuan memang penat dan memang rimas. ianya kerja berat dan sangat membebankan.

keterlaluan berani akan dibenci.
keterlaluan lemah akan dikeji.

perlu gagah dan tak reti tewas.
perlu kuat dihenyak dicantas.

kak jah penat la, memang tengah penat nak tadah semua ni. kak jah nampak je berani, tapi hati kak jah macam katak puru kesejukan tengah takut nak lalu tepi semak. takut dimakan ular.

kesian kak jah. kena buli. kena ejek oleh lelaki. perlakuan kak jah salah serba serbi.

alahai lelaki, mentang-mentang diri kau kuat, berani menghenyak megah si perempuan. kau menghiris bahasa setajam-tajamnya. si perempuan pula tiada melawan.

manusia berbeza. minda tak akan sama. kak jah si perempuan memang selalu rasa songsang.

tapi tak pe. kak jah perlu kuat. kak jah perlu mahalkan jiwa kak jah.

perlu tabah.
perlu gagah.
usah resah.
usah goyah.

mari kak jah, ke pelukan ku. usahlah menangis.

lahir sebagai seorang perempuan seharusnya menjadi kebanggaan buat kak jah. Dunia hari ini sangat memerlukan golongan macam kak jah dalam apapun juga bidang kehidupan sama ada sosial, agama, kemasyarakatan dan juga di dalam segala lapangan hidup.

maka wahai lelaki, hargailah golongan kak jah. Belailah. Hiasilah dengan kecantikan. Kerana perempuan sukakan yang cantik-cantik. suka yang lembut-lembut. Kerana perempuan juga sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kaum Adam sebagaimana yang disebut oleh hadis Nabi s.a.w. daripada Bukhari dan Muslim.

di sini, ada kelebihan tentang si perempuan berbanding si lelaki.

1. Doa wanita lebih makbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayangnya. Ketika ditanya Rasulullah s.a.w. akan hal itu, baginda menjawab, “Ibu lebih penyayang daripada bapa. Dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dahulu daripada suaminya.

3. Perempuan yang sentiasa solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah ia dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

4.Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

5.Wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3 comments:

Anonymous said...

sbrla awk deh...............

Anonymous said...

cool...

junk said...

wow....