Friday, March 16, 2012

bulan

Malam ini,
sekali lagi aku mengadu pada pekat malam,
walaupun bulan tersorok di sebelah sana.

kadang aku fikir, kenapa hidup aku jadi begini. cela begini.
kadang aku fikir, apa aku punya kawan?

aku iri hati. sangat. dengan manusia lain.
bergembira dengan teman, bergambar bersama. melayan kerenah.
tapi aku masih sendiri di sini.

mana pergi kawan aku?
salahkah aku? punya rasa mahu kawan?
yang betul-betul kawan. bukan fantasi. bukan misteri.
dan yang pastinya bukan sekejap ada, sekejap hilang.

marilah kesini wahai kawan.

aku mahu.
bersama kamu-kamu sekalian.





No comments: