Thursday, March 22, 2012

kawan lagi.

aku harap aku punya kawan sekarang.
kawan suka aku, kawan benci aku dan kawan sedih aku.

aku harap kawan itu boleh duduk berssama aku. luang masa dengan aku.
tidur dengan aku. sekatil dengan aku. berbantal dengan aku.
dan yang penting boleh hidu bau busuk aku. bau pakaian buruk aku. bau bantal busuk aku.

kawan itu juga mesti punya minat yang sama dengan aku.
suka pabila aku dengar marina and the diamons, the vaccines, lykke li, the drums,
dan tak suka pada bunyi bingit macam hardcore, metal.
dia jugak mesti tak suka pada the strokes macam orang beramai minat tu.
tak suka pada liam gallagher. tak suka pada bunyi lama.
cukup itu sebagai contoh.

dia harus punya minat sama dengan aku. bunyi baru. segar dan tidak mengikut pada orang beramai.

tidak pula minat mengikut fesyen beramai.
contoh yang paling senang.

1. pabila orang tangah gila "leopard print", dia juga jadi gila.
2. orang tengah hot minat "aztec print, tribal print" , dia ikut sama.
3. cool bila pakai vintage clothes, dia pon mahu.
4. bergaya bila pakai tie dye, ahh mesti dia nk sama.

sungguh! aku benci mereka-mereka itu.

kenapa mesti tiru? kenapa mesti nak sama dengan orang beramai? cukup dengan simple dan idea sendiri.

kawan seperti itu aku tidak perlu. aku geli tengok orang begitu. apa yang kecoh, "weh, ikut trend la, baru kau up-to-date sikit, xpayah lah nk kolot"

euww. tolongla.

pakai kau, musik kau dengar, kena ada trend ke?

kawan yang aku mahu itu, betul-betul susah nak dapat kan. aku tahu aku takkan dapat bila cari di kedai-kedai 24jam, supermarket dan kedai mamak.

aku harap. aku minta.
bila aku ikhlas mencari.
atau bila sudah penat mencuba.

kawan itu akan datang dengan sendiri.



No comments: